Cloth Diaper (CD)
Selamat
CD tidak mengandungi kimia bertoksik seperti yang terdapat dalam dalam DD, kerana fabrik yang digunakan adalah sangat lembut dan mesra dengan kulit bayi.
Mesra alam
mengurangkan sampah domestik
Boleh dicuci dan digunakan semula
Jimat
Jika dilihat pada harga CD mungkin anda kata ‘mahalnya..” sebab harga 1 set CD boleh beli 1 medium peket DD. Tetapi jika dinilai untuk jangka masa yang panjang sebenarnya CD jauh lebih jimat.
Jom kita kira kos CD
Anggaran penggunaan sehari 6pcs CD
Anggaran penggunaan setahun 15 pcs CD
(sehingga anak tidak perlu pakai CD lagi…)
CD RM40.00/pc x 15pcs = RM600.00
*CD boleh digunakan semula untuk anak yang seterusnya.
**Jangka hayat CD bergantung kepada kualiti CD, kuantiti CD yang anda gunakan dan cara penjagaan anda
Disposable Diaper (DD)
Kandungan kimia
DD sememangnya kelihatan putih dari segi luarannya tapi didalamnya mengandungi bahan kimia yang tidak disteril semasa pemprosesan.
Longgokan sampah
DD merupakan 50% daripada sampah domestik rumah yang mengambil masa yang lama untuk lupus. Apa yang akan kita tinggalkan untuk anak cucu kita? Longgokan sampah DD? Fikir fikirkan lah.
Beli…Beli…Beli
Beli terus sehingga bayi tidak pakai DD lagi.. budjet bulanan pasti akan ada DD..
Dan kita kira kos penggunaan DD pula…
Pengalaman saya menggunakan DD
1hari ~ 6pcs x RM0.60/pc = RM3.60 (penggunaan paling minima)
1tahun ~RM3.60 x 365hari = RM1314.00
3tahun ~RM1314.00 x 3thn = RM3942.00