Cara cuci / penjagaan CD

* CD baru perlu pre-wash sekurang-kurangnya 2 kali sebelum penggunaan kali pertama supaya serapan insert lebih berkesan. untuk pemakaian seterusnya cuma cuci sekali sahaja.

1. Boleh cuci dengan tangan (hand wash) dan mesin basuh dengan memasukkan CD dlm washing net.

2. Kalau ada ‘poo’, bersihkan dahulu

3. Keluarkan insert dari poket CD
~ Prewash (cuci tanpa sabun)
~ Rendam seketika sebelum cuci dengan sabun.
(elakkan campur CD dengan kain cucian yang lain)

4. Jika cuci CD dengan tangan, hanya celupkan CD di dalam air dengan sedikit sabun dan gosok lembut kemudian bilas dengan air yang mencukupi. Ingat!! Jangan guna sabun yg mengandungi glycerin, peluntur (clorox) dan pelembut kain (softener) kerana ia akan mengurangkan daya serapan dan peluntur merosakkan CD.

5. Contoh sabun yang biasa digunakan oleh pengguna berpengalaman menggunakan CD;
- Breeze, Kuat Harimau, Top (peket oren) Kiddie wash (cosway), Trojan. penggunaan sabun adalah paling minima.

6. Jika terdapat kesan kekuningan hanya jemur di bawah matahari untuk menghilangkankesan tersebut.




JANGAN yang anda perlu ingat;


1. JANGAN Guna Pelembut kain kerana ia menghalang penyerapan.

2. JANGAN guna sebarang peluntur. Sekiranya ada bekas kekuningan, jemur dibawah panas matahari untuk menghilangkannya.

3. JANGAN cuci CD dengan air yang terlalu panas kerana ia akan merosakkan bahan elastik CD.

4. JANGAN berus CD. (ia sangat mudah dibersihkan, jadi anda tidak perlu berus)

5. JANGAN perah CD terlalu kuat.

6. JANGAN seterika CD

7. JANGAN gunakan nappy cream bersama CD kerana ia akan mengurangkan daya serapan.

hotel Cumberland in London
Powered by Best Free Counters