Pengenalan CD

CLOTH DIAPER /Kain Lampin yang telah dimodenkan. Ia biasanya dipanggil CD, pada dasarnya CD adalah lampin lama (kain putih, 4 segi) yang biasa digunakan dengan melipatnya dahulu dan dipinkan, Cuma Cd lebih moden dan mudah. Pemakaian CD hampir sama konsepnya juga dengan lampin pakai buang (DD) yang mana ditukar apabila penuh, cuma CD boleh dicuci-dikeringkan dan dipakai semula berulang-ulang sehingga ianya rosak/koyak. Kini dengan CD ibu2 tidak perlu lagi melipat lampin dan menggunakan pin apabila memakainya pada bayi. Ianya sangat mudah diaplikasikan.. semudah ABC…hanya masukkan insert , laraskan butang saiz dan pakaikan pada bayi..selesai.


Material CD;

Lapisan Luar
material PUL (polyurathane Laminate) yang menghalang kebocoran,(terdapat juga CD yang lapisan luarnya adalah fabrik Minky yang sangat lembut).

Lapisan Dalam
Inner microfleece suede, bamboo yang lembut dan selesa yang membolehkan bayi rasa kering.

Insert
Microfibre insert dimasukkan dalam pocket diaper untuk menyerap kebasahan.