berikut adalah kemungkinan yang menyebabkan CD bocor;
1. Tidak cukup ‘pre-wash’ sebelum penggunaan pertama. Sekurang kurangnya 2 - 3 kali pre-wash supaya daya serapan lebih berkesan.
2. CD longgar di bahagian paha, jadi weewee keluar melalui ruang yang terbuka. Kelim tidak melekat pada kulit (paha) bayi. Tetapi perlu diingat jangan terlalu ketat..
3. Tempoh pemakaian yang terlalu lama. sebaik-baiknya 1 insert dipakai untuk 4-5jam sahaja mengikut keadaan bayi anda. Kalau bayi heavy wetter perlu tukar lebih kerap.
4. Apabila CD dipakai terlalu lama dan kapasiti sudah mencapai tahap maximum maka insert tidak boleh menyerap kebasahan lagi, sebab itu berlaku kebocoran.
5. Perlu buat strip wash sebulan sekali.
6. Penggunaan nappy cream yang mengandungi unsur minyak yang terkena pada lapisan dalaman CD akan menjadikannya kalis air dan tidak dapat menyerap basahan.
7. Penggunaan sabun yang tidak sesuai. Jenis sabun yang banyak mengeluarkan buih mengandungi unsur softener/ ada unsur minyak yang akan meninggalkan bekas /mendapan/ lapisan ‘built-in residue’ pada cloth diaper dan insert.